ASsalamualaikum..
Mari baca tips-tips nak jaga anak-anak bulus yang baru lahir.. ;)
Anak kucing yang baru dilahirkan masih terlalu lemah untuk melawan sebarang penyakit. Oleh itu, anak kucing anda perlu mempunyai antibodi di dalam badan. Namun antibodi anak kucing selalunya diperolehi dari induknya sendiri iaitu melalui air susu ibunya. Kolostrum adalah cecair pra susu yang dihasilkan dari puting susu induk setelah melahirkan anak dalam masa 48 jam pertama. Air susu ini berwarna keputihan serta kental dan ia mengandungi protein antibodi, vitamin dan beberapa nutrisi seperti immunoglobin, lactoferrin, lactalbumin, glycoprotein, cytokine dan lain-lain yang berkesan untuk melawan virus seperti bakteria, kulat, alergi dan toksin.
Kolostrum mengandungi khasiat yang lebih tinggi daripada susu dan ia sebenarnya membekalkan faktor imun untuk menyokong kehidupan dan faktor pertumbuhan bagi menjamin kesihatan dan daya hidup kepada anak kucing anda yang baru lahir.Antibodi ialah proten yang berbentuk molekul besar yang akan berpecah menjadi kecil di dalam sistem pencernaan. Hanya setelah 24 jam tempoh air susu yang keluar kebiasaannya tidak akan mengandungi kolostrum lagi.
Oleh itu anak kucing yang baru di lahirkan harus diberikan susu segera supaya mendapat antibodi yang masih mengandungi kolostrum. Kemudian, barulah kita boleh memberikan vaksin untuk menggantikan antibodi melalui susu induknya. Untuk pengetahuan anda, tidak semua antibodi yang terdapat dalam kolostrum akan memberi kebaikan kepada anak kucing anda. Jika anak kucing yang mempunyai perbezaan jenis darah dengan induknya kolostrum ini boleh mengancam nyawa anak kucing.
Tempoh kekebalan antibodi dari kolostrum sebenarnya adalah bergantung kepada jumlah antibodi yang terdapat pada induk kucing. Oleh itu jika jumlah antibodi yang terdapat pada induk kucing adalah kurang, maka potensi kekebalan anak kucing juga adalah rendah. Antibodi dalam kolostrum juga dikenali sebagai antibodi maternal.
Antibodi maternal yang terdapat pada darah anak kucing akan berkurangan sedikit demi sedikit, dalam tempoh minggu ke 6 - 8. Oleh itu anak kucing sebaik-baiknya diberikan vaksin pada umur 9 minggu, agar anak kucing mempunyai kekebalan antibodi yang cukup untuk melawan sebarang penyakit dan seterusnya barulah anak kucing anda diberikan vaksin mengikut jadual.
0 comments:
Post a Comment