RSS
Post Icon

Vaksin Kucing ...

Okay.. da abeh cite sal hati dan bunga ros.. sekarang berbalik pulak cita mengenai kucing.. huhu nanti kita masok cite lain lak ye.. hehehe okay.. aku nak cite sal vaksin kucing...

Apa itu VAKSIN? okay.. setahu aku la kan, vaksin adalah sejenis virus yang dilemahkan untuk membantu memberikan antibodi kucing anda supaya mendapat memberi perlindungan daripada apa-apa jenis penyakit. Tapi tidak semestinya setelah mendapat suntikan vaksin kucing tersebut bebas daripada penyakit. Namun, penyakit yang menyerang biasanya tidak akan menyebabkan kematian. Apa-apa pun kalo kucing tu mati.. tu semua ketentuan.. jangan pulak percaya n mengharap pada vaksin ni 100% .. kang terpesong akidah kang.. Harus diingat selalu ajal maut terletak di tangan ALLAH S.W.T .. ok, kembali pada tajuk asal..


Okay.. meh aku cite serba sikit dari pengetahuan yg aku ada.. Tak la banyak tapi boleh la kalo skadar tuk dikongsi tuk suma. kalo ada yg kurang atau salah harap maaf dan minta ditambah.. hehe. okay.. Apa yang aku tau, Biasanya kucing yang berumur 8 – 9 minggu boleh mendapat suntikan vaksin. Ni sebab antibodi yang di terima melalui susu induknya tidak berapa nak kuat. Tetapi tidak semua anak kucing yang sudah mencapai umur yang sepatutnya mendapat vaksin boleh di berikan suntikan vaksin, ini kerana badan mereka tidak semua 100% normal dan kuat. Bergantung kepada kesihatan anak kucing tu sendri. Meh tgk jadual ni.. 



Jadual vaksinasi kucing :
Umur 8-9 minggu
  • Pemeriksaan umum
  • Vaksinasi TRICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia)
  • Pemberian ubat cacing
Umur 12-14 minggu
  • Pemeriksaan umum
  • Vaksinasi ulangan RICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia)
Umur 20 minggu
  • Pemeriksaan umum
  • Vaksinasi Rabies
Selepas itu bolehlah korang bawa kucing peliharaan korang setahun sekali untuk mendapat rawatan dan suntikan vaksin. Vaksin perlu di ulang kerana daya tahan atau atau antibodi kucing tidak selama-lamanya kuat. Oleh kerana itu kucing akan mudah di jangkiti oleh pelbagai jenis penyakit.


Bagi seekor kucing yang tidak pernah mendapat rawatan atau suntikan Vaksin, kucing tersebut bolehlah membuat pemeriksaan umum dan mendapat suntikan Vaksinasi TRICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia) dan Vaksinasi Rabies. haa.. kucing ni pun leh tahan jg penyakit dia..

Penyakit-Penyakit Yang Selalu menyerang kucing adalah :
  • Feline Panleucopenia(Distemper kucing)
  • Rhinotracheitis dan Calicivirus
  • Chlamydia
  • Feline Leukemia
  • Rabies.
Semua penyakit ini boleh menyebabkan kematian pada kucing.
kucing cumil ni lum mati.. dia tgh memerhati tuannye.. tuannye tgh berbual dgn dia.. huhu

Tapi kan.. aku ada terjumpa satu komen ni.. bila pikir balik, ada betul cakap dia tu.. haa.. ce korang baa komen dak ni sal vaksin ......" bagi saya, vaksin kepada kucing2 adalah lebih berbentuk pembaziran. haiwan seperti kucing memang dicipta dengan sistem yg boleh menjadikan mereka imunn dengan penyakit. jika kita memberikan mereka sistem keimunan palsu, ini takkan membantu mereka isitem pertahanan semulajadi. kucing akan jadi sangat fragile dan kita perlu mengulang vaksin setiap tahun, konon nya mengelakkan sakit.ia hanya memberi keuntungan pada pusat haiwan tersebut (dan sebenarnya tidak membantu dlm penjagaan haiwan peliharaan, lain la haiwan ternakan yg memang kotor) pengalaman saya membela kucing, kucing saya yg di hantar vaksin kelihatan ‘pasif, lembik dan sering berair hidungnya’ , manakala yg dibiarkan nampak lebih cergas dan hidup lebih lama. adalah lebih elok duit yg kita peruntukkan utk vaksin itu diberi pada anak2 org miskin dikampung2 yg tak dapat suntikan BCG dan lain2. nbagi saya, teknik penjagaan kucing yg betul sebenarnya penentu kesejahteraan mereka. jangan beri kucing makan sembarangan (makanan berasaskan tumbuh2an yg kononya bagus tuk kucing, nasi, ikan kering, ikan bilis—yang masin2 WAJIB dielakkan).
sekarang ini saya menetap di Perancis, dan memiliki tiga ekor kucing (parsi, maine coon dan tak der pedigree). mereka tidak divaksin kan atas nasihat seorang doktor yg jujur sebab mereka tak pernah keluar. (mungkin kes berbeza dgn outdoor cat, tapi di Malaysia dulu mcm lebih kurang sama jer indoor or outdoor).
dan lagi satu pesanan utk saya dan yg lain, sila la mandul (spay/neutre) kan kucing anda jika tak mahu anak kucing yg akhirnya anda sendiri pun tak dapat jaga. kesian kucing2 terbiar"....   haa kau! panjang berjela komen dia.. hehehe pikir-pikirkan lah..


Tapi apa-apa pun, back to basic.. AJAL MAUT DI TANGAN ALLAH S.W.T .. Kita cuma berusaha dan berdoa tuk kesejahteraan bersama.. hehehe sekian.. jumpa lagi... daaa~~!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Dalam Hati Ada Bunga Ros~~!

Assalamualaikum...




   Aku dengan bunga ros memang tak dapat dipisahkan.. Dalam banyak2 bunga.. bunga ros lah pilihan aku tak kira lah warna apa pun janji ros. kalo boleh dalam bilik aku pun nak penuh dengan bunga ros.. hehehe lomentik tak? hahaha

   Nape aku asek cakap sal bunga ros jek? sebab ros melambangkan kasih sayang kan? jadi aku nak bercerita tentang kasih sayang yg wujud dalam diri aku..


   okay sebagai permulaan meh aku cite sket sal history of roses.. yeaahh i like it bebehhh.. hahaha okay ..dulu masa zaman muda dulu aku belajar kat perak. aku belajar seni reka major seramik aku kena wat projek dan aku memilih bunga ros sebagai subjek matter aku.. bila da nama pun subjek matter of cause la aku kena wat research lebey pasal ros ni.. merata ceruk aku cari info sal ros ni.. sampai satu tahap dalam hati dan minda hanya ada bunga ros jek.. hahahaha and satu lagi.. bunga ros ni menenangkan.. ada dalam satu buku yg aku penah baca (tak igt nama buku tu) bunga ros ni merupakan bunga kesukaan Nabi Muhammad S.A.W .. tapi kaler putih la.. alaa tak kisah la kan janji bunga ros.. dalam buku tu ada ditulis, bunga ni melambangkan kasih sayang seseorg kepada seseorg yang lain.. jadi moral of the story aku nak cite kasih sayang aku ni tuk sape dan milik sape.. hehehehe


  Yang wajibnye adalah.. kasih sayang aku hanya utk ALLAH TAALA .. tak lupa juga utk Nabi Muhammad S.A.W. tapi misti akan ada yg cakap  'eleeyyyhh.. ayat poyo jek' ... hahaha terpulanglah nak cakap apa pun kan.. ok.. tu sebagai hamba di muka bumi ni.. sebagai manusia biasa yang dikurniakan segala sifat dan perasaan kasih sayang aku hanya utk 4 pihak saja.. sape kah dorg tu? hmm.. pertama semestinyalah papa n mama.. dorg misti diutamakan. kedua adik dan abg aku.. ketiga incik kekasih hati (sapekah gerangannya? teettt!!! hehehe) dan keempat semestinya si manja ku sekalian (kucing2 le.. hehehe)

  okay.. sapekah incik kekasih hati? hmmm sape dia ek? hmm.. dia adalah seorg insan yang berjaya mengambil hati aku.. walaupun dia nakal tapi kenakalannya tidak melampaui batas2.. sebab tu aku selesa dgn dia. susah senang.. sedih gembira aku dia sentiasa bersama walaupun masing2 tinggal jauh berjuta batu.. tapi dia tetap ada bersamaku.. dia sentiasa bg aku semangat tak kira apa yang aku buat.. kalo elok, dia sokong.. kalo tak elok dia tak terus bangkang tapi dia bg nasihat n memujuk.. tu yang watkan aku selesa n sayang kat dia tu.. hehehe dan yang paling aku sgt sayang dia adalah.. dia boleh bersabar dan bertahan dgn perangai aku ni yang kadang2 tak tentu arah ni.. aku pun satu.. ngada ja lebih.. angin salu tak tentu tapi dia tetap bersabar melayan.. hmmm itu yang buatkan aku bertambah sayang.. aku sentiasa berdoa pada ALLAH agar dia adalah insan terpilih yg dijadikan sebagai jodoh tuk ku hingga hujung nyawa ku.. aku terima dia seadanya dia.. paras rupa.. harta benda bukan penentu kebahagiaan tuk aku.. wat pe pilih ensem... aku pun bukan lawa mana pun kan.. hahaha nak kaya pun wat pe.. kang masing2 wat hal masing2.. aku rasa beh bek kekayaan tu dicari sama2 nanti.. baru rasa nikmat susah senang bersama.. huhu siyes aku cakap! aku da lalui n da berkawan dgn mcm2 jenis org.. yg ensem.. yg kaya.. anak mak... anak bapa.. anak manja suma aku da kawan tapi dia ni lain dari yang lain.. aku tatau cane nak describe.. yang pasti aku sayang dia sangat2.. aku selesa dan rasa bahagia bila bersama.. kalo takat gado kecik2 tu.. besa la kan.. org da kawen pun ley gado.. ni lak yg baru bercintan cintun.. hehehe and aku berdoa agar hubungan kami direstui ALLAH dan keluarga (ke dua blah pihak laa ).. aminnn... hahaha okay cukup stakat tu dulu pasal incik kekasih hati.. hehehe ( saje nak bg korg pk2.. ehehe) eh chup!! bekas kekasih hati yang da lepas, aku da masokkan dalam peti besi da.. sampai masa nanti akan ku hanyutkan ke laut.. hahaha



cute kan? bagai dilamun cinta.. hehe
   Haaa.. da paham nape aku letak tajuk 'Dalam hati ada bunga ros'? hahaha ni lah nyeee... hehehe time kasih membaca.. huhu :-p jumpe lagi nanti.. cite sal len lak k.. hahaha.. daaaa~~ 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS