RSS
Post Icon

Berkat Sedekah Kepada Kucing... Meeooowwww~~

Assalamualaikum..

  Da lama rasanya aku tak update blog ni kan? huhu kemalasan melanda diri..hik3...  ni tengah rajin ni meh aku nak citekan satu kisah yanga terjadi pada zaman dahulu mengenai berkatnya bersedekah walaupun pada seekor kucing..


      Syaikh Abdul Hadi adalah seorang imam di sebuah masjid di Syria. Pada suatu hari anaknya jatuh sakit. Sudah puas dia berusaha mengubatnya tetapi tidak juga sembuh. Hatinya sedih kerana dia seperti orang lain amat menyayangi anaknya itu.

      Sudah puas dia memikirkan apa yang patut dilakukan tetapi pada masa yang sama meneruskan solatnya. Ketika dia ingin mengambil wuduk, dia teringat firman ALLAH S.W.T "Dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan sabar dan (mengerjakan) solat", Al-Baqarah, ayat 45. Syaikh Abdul Hadi juga teringat pada sebuah hadis dari Abu Umamah Al-Bahili r.a, yang menyebut.. sabda Rasulullah S.A.W, "Ubatlah orang yang sakit di antara kalian dengan sedekah"

    Syaikh Abdul Hadi termenung dan timbul pertanyaan kepada siapa beliau harus bersedekah pada lewat malam? Siapa yang akan menerima sedekahnya? Tanpa diduga ALLAH S.W.T segera mengirim jawapan apabila Syaikh Abdul Hadi mendengar suara kucing kelaparan. Dia pulang ke rumah dan mengambil sekeping daging. Bukankah menolong haiwan juga bersedekah? Dia memberi daging itu pada kucing yang lapar tadi.

    Apabila pulang ke rumah, isterinya bercerita "ketika anaknya yang tidak sihat itu berada dalam gendongannya, tiba-tiba seekor burung besar berwarna hitam datang dari arah langit untuk menyambarnya. Saya terus memeluknya tanpa berfikir panjang apa yang patut dilakukan. Namun, secara tiba-tiba datang seekor kucing yang menerkam. Burung itu terbang lari."

    Syaikh Abdul Hadi tersenyum gembira. Keesokannya denga izin ALLAH, anaknya sihat dan mula boleh bermain-main bersama kawannya. Itu tentunya berkat sedekah kepada kucing.




Moral of the story, tak rugi kalo kita bersedekah walaupun untuk seekor kucing...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS