RSS
Post Icon

Vaksin Kucing ...

Okay.. da abeh cite sal hati dan bunga ros.. sekarang berbalik pulak cita mengenai kucing.. huhu nanti kita masok cite lain lak ye.. hehehe okay.. aku nak cite sal vaksin kucing...

Apa itu VAKSIN? okay.. setahu aku la kan, vaksin adalah sejenis virus yang dilemahkan untuk membantu memberikan antibodi kucing anda supaya mendapat memberi perlindungan daripada apa-apa jenis penyakit. Tapi tidak semestinya setelah mendapat suntikan vaksin kucing tersebut bebas daripada penyakit. Namun, penyakit yang menyerang biasanya tidak akan menyebabkan kematian. Apa-apa pun kalo kucing tu mati.. tu semua ketentuan.. jangan pulak percaya n mengharap pada vaksin ni 100% .. kang terpesong akidah kang.. Harus diingat selalu ajal maut terletak di tangan ALLAH S.W.T .. ok, kembali pada tajuk asal..


Okay.. meh aku cite serba sikit dari pengetahuan yg aku ada.. Tak la banyak tapi boleh la kalo skadar tuk dikongsi tuk suma. kalo ada yg kurang atau salah harap maaf dan minta ditambah.. hehe. okay.. Apa yang aku tau, Biasanya kucing yang berumur 8 – 9 minggu boleh mendapat suntikan vaksin. Ni sebab antibodi yang di terima melalui susu induknya tidak berapa nak kuat. Tetapi tidak semua anak kucing yang sudah mencapai umur yang sepatutnya mendapat vaksin boleh di berikan suntikan vaksin, ini kerana badan mereka tidak semua 100% normal dan kuat. Bergantung kepada kesihatan anak kucing tu sendri. Meh tgk jadual ni.. 



Jadual vaksinasi kucing :
Umur 8-9 minggu
  • Pemeriksaan umum
  • Vaksinasi TRICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia)
  • Pemberian ubat cacing
Umur 12-14 minggu
  • Pemeriksaan umum
  • Vaksinasi ulangan RICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia)
Umur 20 minggu
  • Pemeriksaan umum
  • Vaksinasi Rabies
Selepas itu bolehlah korang bawa kucing peliharaan korang setahun sekali untuk mendapat rawatan dan suntikan vaksin. Vaksin perlu di ulang kerana daya tahan atau atau antibodi kucing tidak selama-lamanya kuat. Oleh kerana itu kucing akan mudah di jangkiti oleh pelbagai jenis penyakit.


Bagi seekor kucing yang tidak pernah mendapat rawatan atau suntikan Vaksin, kucing tersebut bolehlah membuat pemeriksaan umum dan mendapat suntikan Vaksinasi TRICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia) dan Vaksinasi Rabies. haa.. kucing ni pun leh tahan jg penyakit dia..

Penyakit-Penyakit Yang Selalu menyerang kucing adalah :
  • Feline Panleucopenia(Distemper kucing)
  • Rhinotracheitis dan Calicivirus
  • Chlamydia
  • Feline Leukemia
  • Rabies.
Semua penyakit ini boleh menyebabkan kematian pada kucing.
kucing cumil ni lum mati.. dia tgh memerhati tuannye.. tuannye tgh berbual dgn dia.. huhu

Tapi kan.. aku ada terjumpa satu komen ni.. bila pikir balik, ada betul cakap dia tu.. haa.. ce korang baa komen dak ni sal vaksin ......" bagi saya, vaksin kepada kucing2 adalah lebih berbentuk pembaziran. haiwan seperti kucing memang dicipta dengan sistem yg boleh menjadikan mereka imunn dengan penyakit. jika kita memberikan mereka sistem keimunan palsu, ini takkan membantu mereka isitem pertahanan semulajadi. kucing akan jadi sangat fragile dan kita perlu mengulang vaksin setiap tahun, konon nya mengelakkan sakit.ia hanya memberi keuntungan pada pusat haiwan tersebut (dan sebenarnya tidak membantu dlm penjagaan haiwan peliharaan, lain la haiwan ternakan yg memang kotor) pengalaman saya membela kucing, kucing saya yg di hantar vaksin kelihatan ‘pasif, lembik dan sering berair hidungnya’ , manakala yg dibiarkan nampak lebih cergas dan hidup lebih lama. adalah lebih elok duit yg kita peruntukkan utk vaksin itu diberi pada anak2 org miskin dikampung2 yg tak dapat suntikan BCG dan lain2. nbagi saya, teknik penjagaan kucing yg betul sebenarnya penentu kesejahteraan mereka. jangan beri kucing makan sembarangan (makanan berasaskan tumbuh2an yg kononya bagus tuk kucing, nasi, ikan kering, ikan bilis—yang masin2 WAJIB dielakkan).
sekarang ini saya menetap di Perancis, dan memiliki tiga ekor kucing (parsi, maine coon dan tak der pedigree). mereka tidak divaksin kan atas nasihat seorang doktor yg jujur sebab mereka tak pernah keluar. (mungkin kes berbeza dgn outdoor cat, tapi di Malaysia dulu mcm lebih kurang sama jer indoor or outdoor).
dan lagi satu pesanan utk saya dan yg lain, sila la mandul (spay/neutre) kan kucing anda jika tak mahu anak kucing yg akhirnya anda sendiri pun tak dapat jaga. kesian kucing2 terbiar"....   haa kau! panjang berjela komen dia.. hehehe pikir-pikirkan lah..


Tapi apa-apa pun, back to basic.. AJAL MAUT DI TANGAN ALLAH S.W.T .. Kita cuma berusaha dan berdoa tuk kesejahteraan bersama.. hehehe sekian.. jumpa lagi... daaa~~!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment