RSS
Post Icon

Catnip - POKOK KUCING GALAK


Catnip yang terdapat di Malaysia...


Okay.. entry yang lepas aku ade post sal vaksin tuk kucing2 kan? ari ni aku nak post sal 'vaksin' kucing tapi cara tradisional.. huhu meh aku kenalkan korang dgn 'vaksin' tradisional ni.. POKOK KUCING GALAK..


 Pokok Kucing Galak atau nama saintifiknya 'Acalypha Indica' ini berasal dari India dan senang tumbuh meliar di negara-negara sebelah sini. Pokok ini adalah dari jenis berbatang lembut dan berdaun dan berbuah hijau.
Ia menjadi salah satu kegemaran kucing memakannya untuk menambah tenaga terutama kucing jantan yang mampu melayan berapa banyak kucing betina. Kucing betina pula memakan daun dan buahnya dimakan selepas melahirkan bagi mengembalikan kekuatan.


Keseluruhan pokok kucnig galak bermula dari daun, buah dan akarnya amat berguna dalam perubatan Homeopathy yang boleh digunakan bagi merawat asma, batuk dan bronkaitis. Jika diamalkan memakan pucuknya, ia dikatakan boleh menambah 'tenaga'. Pokok kucing galak boleh dibiakkan melalui biji benih. Buahnya akan mencambahkan biji apabila telah matang iaitu apabila matang, buah itu akan meletus dengan sendiri.




Catnip yang terdapat di luar negara


Nepeta cataria nama pokok tu.. Rasanya pokok ni ada jugak ditanam kat cni cuma kita je yang taktau itu juga adalah catnip.. pokok ni bukan je berguna kepada kucing-kucing tapi jugak kepada manusia.. ni kalo tak caya sila baca info kat cni...  http://en.wikipedia.org/wiki/Nepeta_cataria .. kat situ ada cerita pasal kelebihan pokok ni.. meh tgk cane rupa bentuk pokok ni..




tengok ni.. da nak jadi bunga da.. haaa.. penah tengok kan pokok ni? ini lah pokoknye.. huhu..










meh kite tgk betapa galaknya kucing-kucing bila dapat pokok-pokok ni.. keh3





haaa... yang 4 keping gambar ni kucing aku sendri.. nampak tu.. berselera dorg ni... keh3



  yang dua ni.. amik kat tenet sebab kat umah tade pokok ni.. jadi amik kat tenet aje la.. hehehe












Khasiat Pokok Kucing Galak

Menurut Dr. Mohd Said Saad(Ketua Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains UPM), khasiat pokok kucing galak ini terletak pada bahagian akar dan daun.
Korang boleh menggunakan salah satu daripadanya untuk mengubati penyakit kulit, merawat ulser mulutkuatkan tenaga batin (ni yang tak leh blah ni.. misti ramai nak try ni... hahaha) dan menambahkan kekuatan badan.


Hah..misti korang tertanya-tanya cane nak guna pokok ni kaannn? meh aku btau.. hehehe


1. Ambil bahagian akar atau daun pokok kucing galak (pilih salah satu aje).
2. Bersihkannya terlebih dulu.
3. Rebuskan akar atau daun tadi sampai ia mendidih.
4. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu suam.


Pastu, korang teruskan dengan langkah berikut mengikut tujuan yang dikehendaki:


Ulser Mulut
Gunakan air rebusan tersebut untuk berkumur. korang rajin2 la berkumur-kumur dengan air rebusan itu sebanyak 2 kali sehari. Iaitu pada waktu pagi dan sebelum masuk tidur.
Amalkan sampai korang sembuh.koranganda yang mengalami penyakit kulit. Lakukan petua ini setiap hari dan teruskan sehingga anda benar-benar sembuh.


Penyakit Kulit
Basuh kawasan tubuh korang yang mengalami penyakit kulit. Lakukan petua ini setiap hari dan teruskan sehingga korang benar-benar sembuh.



Menguatkan Tenaga Batin dan Badan Kuat (yaaahh!!! ni yang korang carikan? hahaha)
korang tapis dan minumlah air rebusan akar atau daun pokok kucing galak tadi. Amalkan meminumnya secara sederhana atau hanya apabila perlu. Sebagai contoh, minumlah segelas sebelum korang melakukan kerja berat dan tujuan lain yang seumpama dengannya. :)

haaa.. amacam? ada bran nak cube? keh3 pape pun kalo sakit, g jumpa doc je senang... hahaha selamat mencubaaa!!! daaa~~!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

SH said...

Nice Info - SaujanaPet.Com

Unknown said...

mcm mana nk dapat kan pokok tu admin

Post a Comment